Posts

Kerana cinta selalu menang

Diadaptasikan daripada kuliah Ust Hj Wan Hamidi Wan Mat, YBIM Saya kongsikan untuk manfaat kita bersama.  Selamat membaca๐Ÿ™Œ๐Ÿป  ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’– KEBERKATAN RUMAHTANGGA Rumahtangga adalah lubuk pahala. Antara tanda rumahtangga yang berkat adalah ahli-ahli rumah bahagia, menjadi inspirasi dan bermotivasi serta sentiasa mengikut petunjuk Al Quran. Salah satu cara untuk panjang umur adalah dengan berkahwin kerana melaluinya mendapat ketenangan. Antara Khutbah Nabi Muhammad s.a.w yang terakhir adalah pesanan untuk memperlakukan wanita dengan baik. Al Maududi juga pernah menyebut 'Kehidupan suami isteri tanpa kasih sayang adalah ibarat tubuh yang telah mati'. 1) Tips Untuk Menjadikan Rumahtangga Berkat: 1.1)   Penentuan matlamat berumahtangga yang jelas. 1.2)   Pengisian rutin harian dalam rumahtangga. 1.3)   Kekuatan mendindingi rumahtangga dengan doa-doa & wirid-wirid 1.4)   Penilaian & muhasabah sesama ahli rumah. 2) Antara penanda arasan penilaian keberkatan rumahtan

Wanita hebat versi kamu!

  Ragam manusia tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi pada era milenia, sukar dijangka di sebalik muslihat yang diberikan.   . Memang benarlah apa yang dikatakan nabi, dunia akhir zaman penuh dengan cabaran. Cabaran emosi, mental, dan fizikal. Sebab tu, kehidupan kita memerlukan tujuan., agar tak mudah tersasar dari landasan asal.  . Pastinya tujuan akhir kita sama. Setuju tak? Iya, tujuan akhir kita semua pasti akan ke jannah ( syurga firdaus).  Tapi, mana mungkin terhampar karpet merah bagi perindu syurga ☺️ . Secebis hiburan untuk kita bersama. Daripada Abu Hurairah R.A “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin” . Teruskan semangat. Teruskan berjuang wahai srikandi yang menggoncang dunia.  Ramai orang melihat wanita lemah pada fizikalnya. Namun, terzahir kuat pada emosi. Sehinggakan Allah telah memilih kudrat seorang wanita untuk bertarung nyawa melahirkan anak ✨ Masyaallah. Awak kuat kerana Allah! Biiznillah ๐Ÿ’ช๐Ÿป 17 Julai 2022 Johor 

Tabahlah menghadapi ujian yang menimpa๐ŸŒท

Tabahlah menghadapi ujian yang menimpa ๐ŸŒท Firman Allah SWT : …Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…” — An-Najm: 42-44 Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji, Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu. Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu. Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali kepadaNya. Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu. Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan

| Friend-zone |

  Sakit kalau kita terpaksa kene “friendzone” dengan crush. Awak pernah ada pengalaman ke?  . Siapa yang pernah ada pengalaman tu, izzah boleh katakan tahniah. Sebab, Allah masih pelihara diri kita daripada fitnah dunia yang tak terzahir oleh mata kasar. Alhamdulillah  . Cuba kita renungkan, adakah kita juga merupakan seorang pendusta kepada kekasih kita (Allah)?  . Kenapa diibaratkan seperti pendusta? “kerana banyak kali kita menolak saat didatangkan ujian” “kerana setiap saat masalah yang datang, kita mengeluh” ๐Ÿฅบ Muhasabah. Istighfar is the best part.  . Rasai setiap nikmat ujian itu, dengan kesabaran. Yakinlah, berkat kesabaran kita bakal diberikan hadiah yang terbaik untuk kita✨ Falyatafakkar.  3/9/21 Izzah Azmi, Klang #dakwahsentap #dakwahislam #dakwahsunnah #cinta #lovequotes #muhasabahcinta
 Pengorbanan . Walaupun kadang-kadang kita sendiri buat maksiat dengan Allah, dalam sekelip mata Allah boleh je jentik kita bagi balasan. . Subhanallah, sifat Allah yang maha penyabar..Allah tetap berikan peluang kepada kita bagi hidayah. .. Bukan semata-mata mencari kemasyhuran dalam mana-mana temuduga bersama dengan orang hebat, Bahkan mencari semangat untuk menjadi orang yang hebat Menjadi seseorang yang berperanan dalam medan Islam seperti hebatnya Saidatina Aisyah, Khaulah Al-Azwar,.. tidak kurang juga seperti sahabat nabi  Hebatnya ketokohan mereka sehingga kehidupan mereka tidak pernah ade yang tidak menyertai peperangan,  Bahkan kehidupannya sentiasa memikirkan . Lantaran bertanyakan di sudut hati kita, "Apakah sumbangan diri ini untuk Islam???" " Sudah puaskah diri ini berfoya-foya dengan dunia yang hanya fantasi nih? " " Apa persiapan kita menuju ke alam akhirat?? " . Cukuplah sekadar kita mampu berusaha mendapatkan jihad kecil Walaupun tak mampu
 Kehidupan harini meniti beberapa mehnah dalam mengenal erti sebuah kehidupan.  Setiap hari berdepan dengan masalah yang sudah pasti tidak diketahui.  Hanya menanti hari esok,  yang bakal membawa sinar baru,  harapan baru,  mencari juga sekeping hati yang baru.. Menuju yang satu Guru Praktikum, 2021
 Tersentak bila ada yang tanya,  "kita hidup ni untuk ape ea akak?. Rutin harian kite sama je. Bangun tidur, kemudian belajar. Kemudian ulang lagi, sampai bila?" "tak penat ke hadap orang yang sama je setiap hari?" - ๐Ÿ˜… Terdiam seribu bahasa. Sebab masa zaman kecik2 dulu selalu juga tertanya-tanya soalan ni. Cuma, dengan sedikit pengalaman ni boleh dikatakan adalah kehidupan kita dari Allah untuk Allah. Kalau kita rasa diri sendiri paling hebat, ingatlah sesungguhnya ada yang Maha Kuasa.  . Hidup kita ni kan dik, sebenarnya untuk kehidupan akan datang yang lebih utama. Kehidupan yang paling kekal abadi iaitu di alam akhirat nanti. Bayangkan, kita dapat duduk dalam syurga dengan orang-orang yang kita sayang! Alhamdulillah.  . Lagi satu, apa yang boleh dikatakan juga adalah hidup kita ni untuk memakmurkan muka bumi Allah. Nak diri sendiri jadi baik, dalam masa yang sama ajak orang sekeliling kita jadi baik.  Dapat sesuatu?